Lot tanah pertanian di Mukim Kuala Klawang, Negeri Sembilan sedang dilelong dengan harga yang sangat menarik!
Dengan harga yang sangat berpatutan, tanah yang berstatus rizab tanah melayu ini mempunyai keluasan yang cukup besar iaitu sebanyak 2.46 ekar. Tanah ini cukup luas untuk membuat sebarang aktiviti penanaman dan pertanian seperti penanaman Kelapa Sawit, Getah, sayur-sayuran, buah-buahan seperti Durian dan banyak lagi. Ianya boleh dijadikan sebagai pelaburan jangka masa panjang yang mudah untuk menjana pendapatan hasil tanaman!
Terletak berhampiran sungai dan chalet, tanah ini mempunyai kawasan yang cukup menarik dikelilingi oleh kehijauan alam semula jadi yang indah menjadikan tanah ini sebagai lokasi yang sesuai untuk aktiviti rekreasi dan aktiviti perniagaan eko-pertanian yang terkenal pada masa kini seperti aktiviti perkhemahan, Glamping, ATV, Skytrex dan aktiviti lasak yang lain.
Selain itu, tanah ini juga mempunyai laluan yang boleh diakses menggunakan kenderaan 4x4. Ianya boleh diakses melalui Jalan Kampung Ulu Jelebu dengan menggunakan Jalan Kuala Klawang-Seremban. Anda boleh mencari lokasi tanah ini dengan mudah menggunakan titik koordinat tanah: https://goo.gl/maps/qAndgvjj3DLEaCrS9
Jangan lepaskan peluangi ni! Kami menawarkan harga yang cukup menarik untuk anda menjana pendapatan dengan harga tanah yang sangat berbaloi!